OGOS 2024

Premier Hadiri Mesyuarat Majlis Tenaga Negara


PUTRAJAYA, Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg menghadiri Mesyuarat Majlis Tenaga Negara (MTN) bertempat di Pejabat Perdana Putra, Putrajaya petang ini tadi. 

Majlis Tenaga Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim manakala Kementerian Ekonomi sebagai sekretariat telah ditubuhkan di peringkat persekutuan baru-baru ini, berteraskan Program Peralihan Tenaga. 

Turut hadir YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA),  YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Tuan Mohd Rafizi Bin Ramli, Menteri Ekonomi, YB Menteri Sumber Asli dan Kelestarian, Nik Nazmi Nik Ahmad; YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, KSU PETRA, Datuk Dr. Ching Thoo A/l Kim KSU NRES serta wakil-wakil kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan.